MAKEOVER FURNITURE
BAHAN/ALATAN
1. Berus cat /ada yg pakai roller tapi Sya suka pakai berus...
2. Cat - banyak brand (Sya pakai jenama KCC, nak lagi elok pakai Nippon tapi
mahal sikit).......Cat ada dua jenis, nak perabot jadi berkilat pakai cat minyak
macam kerusi makan Sya...kalau nak nampak shabby...pakai cat kapur yg cat
dinding tu macam rak buku Sya...)...n kalau furniture tu kecik bole guna spray, tapi mahal n berbotol2 plak nak guna...sebab cat ni nak cantik kena 2,3 lapis.
Cat minyak

Cat kapur
CARA
1. Mula-mula gosok permukaan dengan sandpaper (kertas pasir) kalau kayu tu jenis menggerutu atau x smooth...Tapi kerusi makan ni Sya x gosok dengan kertas pasir pun sebab memang dah licin.
2. Cat satu lapisan.Kalau boleh jangan cat pada tempat yang sama dan mesti satu hala.Cat lapisan pertama ni biasanya nampak hodoh sebab masih nampak kayu, so jangan cat tempat yang dah kena sapuan tu sebab nanti dia jadi berketul2(kalau cat minyak).Ada kawan pernah suggest guna thinner untuk cairkan cat yang berketul tu.Biarkan kering.
3. Then, buat sapuan kedua...masa ni dah nampak agak kemas n kadang2 dua kali dah cukup bergantung pada jenis perabut.Kalau kita tengok semua dah rata so dah ok.
4. Tapi biasanya kalau nak lagi kemas, buat sapuan ketiga selepas betul2 kering...Mengecat ni tak boleh siap sehari, sebab kena keringkan betul2 kadang2 nampak macam dah kering tapi kat dalam cat tu masih basah...Jadi kalau kita sapu atas dia cat baru, akan terkopek.
5. Last sekali, kalau suka bolehla buat decoupage,painting atau biarkan begitu sahaja...Selamat Mencuba!!!