MY GUESTBOOK

SELLING ITEMS

Tuesday, September 29, 2009

SALAM AIDILFITRI 2009...

Salam Aidilfitri...


Lambat Sya update semula blog ni sebab mood raya...Tambah baru naik kerja, banyak aktiviti lepas cuti ni yang tak best lepas ni tiap2 weekend berturut Sya ada program kat sekolah...Yang paling terdekat Sabtu ni ada camping murid di SUKIDA...kena bermalam plak tu mcmanala nak gi open house dan tahun ni nampaknya Sya pun tak buat open house mcm tahun2 sebelumnya...

Cite pasal raya sket, Sya raya pertama di rumah mother in law di Shah Alam pastu raya kedua Sya balik JB umah mak Sya sampai Sabtu... Ni gambo2 masa raya pertama ....Sekali pandang posing sama mcm raya tahun lepas...hehehe....








Saturday, September 19, 2009

SALAM AIDILFITRI DARIKU...





Salam aidilfitri kepada semua pembaca blog, kawan-kawan deco dan kenalan baru.....

Segala salah silap harap dimaafkan dan semoga silaturahim yang terjalin bertambah erat hendaknya....

Selamat Bercuti dan berhati-hati di jalan raya...

Koleksi kad raya kawan2 yang dapatla digantung di "rumah"ku ini..TQ!





KAK AZAH

KAK YON

WELLY
FAWA
KAK AYU
KAK INNA

TQ KEPADA SEMUA YG SUDI BAGI KAD... SYA TAK BERKESEMPATAN NAK BAGI KEPADA SORANG2 JADI KEPADA SEMUA YG MENGUNJUNGI BLOG SYA NI SUDI-SUDIKANLAH AMBIL KAD RAYA SYA OK...JGN SEGAN-SEGAN HEHEH...

Wednesday, September 16, 2009

ILHAN MANSIZ BELATED BIRTHDAY

Sebenarnya anak Sya yang sulung, Muhammad Ilhan Mansiz punya besday pada 10 Sept tapi agak lewat (Ahad) Sya celebrate sebab tempah kek cartoon kesukaan (Ben 10) terlambatla pulak.

Tak ada apa sangat sambutannya sebab bulan puasa, cuma jemput adik ipar, suami dan anak.....Lepas berbuka puasa barulah acara potong kek dan makan untuk second round....

Dah besar dah anak Sya tak sedar umur dah 6 tahun, next year dah darjah satu..... Harapan mama semoga Ilhan menjadi anak yang baik....

p/s: Mamanya malas nak bergambo sebab pakai kaftan je hihi.....






Monday, September 14, 2009

MY MAGAZINES COLLECTIONS

Agak lama tak update blog sebab bila free dok mengemas rumah, buang sawang2, lap habuk etc...Tak ada benda baru sgt yang Sya beli untuk raya ni kecuali tukar langsir dan beli brg kecik2 je..maklumla eko"nomoney"..... hehehe....So kenala berjimat cermat...

Dalam dok sibuk mengemas2 tu Sya nak share la koleksi majalah Impiana dan Anjung Seri Sya yang memang Sya tak miss beli tiap2 bulan sejak tahun 2006 iaitu masa Sya mula2 pindah rumah sendiri dan berjinak2 dgn English Deco...Majalah pertama "Anjung Seri" dibelikan husband Sya masa Sya tengah confuse nak start mcmana nak deco rumah sebab kalau ikut plan asal Sya tak minat dgn konsep Inggeris sebab expenses mahal, barang susah nak cari....So Sya lebih suka konsep moden @ Retro yang boleh didapati dgn mudah di IKEA....
Tapi sejak mengenali majalah2 ni Sya jadi jatuh cinta dgn konsep ni sehinggalah sekarang......


Cuma apa yang berbezanya Sya dah kurang beli majalah2 hiasan rumah (jarang sangat) sebab dah ada info dari internet, rakan maya yang mempunyai minat yg sama, brg jualan pun mudah didapati malah harga pun berpatutan.....
Tapi Sya tetap menyayangi majalah2 ni sebab ia tetap rujukan Sya di masa2 lapang ....

Sunday, September 6, 2009

SWEET DREAM TEDDIES

Alhamdulillah..dapat siapkan tempahan Mel ni sebelum raya...Sebab Sya ingat lepas raya baru bole buat coz "Q' tempahan bolela tahan...Tinggal 2 pcs je Sya belum siapkan, Insya Allah sempat sebelum raya...

Mel request nak buatkan plaque untuk bilik anak dia gambar teddy bear n background kuning...

Sebenarnya agak lama juga Sya ambil masa nak fikirkan idea yang sesuai tambahan pula background ni agak mencabar warnanya sebab dah basecoat banyak kali pun macam nampak lagi kayu dia... So, lepas tu buat keputusan nak lukiskan teddy yg pakai pyjamas sebab sesuai dengan wording yang Mel nak...

Sya harap Daniel suka dan dapatla plaque ni menyerikan lagi biliknya...

Salam dari Aunty untuk Daniel!Moga suka ye....



Wednesday, September 2, 2009

HAPPINESS IS HOMEMADE BOARD

Board ni lebih kurang macam Country Kitchen punya design cumanya Kak Hanim request suruh Sya buatkan dia punya background cream dan ada wording Happiness is Homemade....

Ok jugak rasanya dapat cuba buat pada base yg cerah, cuma ada beberapa tone warna terpaksa Sya ubah untuk sesuaikan dgn background dia....

Harap memenuhila kriteria yang diinginkan ye kak....Thanx a lot!


Yang ni belum siap sepenuhnya tapi lighting dia nampak warna sebenar...

Ni dah siap...