MY GUESTBOOK

SELLING ITEMS

Tuesday, March 31, 2009

Makeover

Akhirnya mangkuk tingkat ni berjaya juga Sya makeover walaupun design Sya main lukis je, nampak messy sikitla... pastu masa varnish, Sya ingat dah betul2 kering, rupanya ada part yang tak kering sepenuhnya , jadi masa varnish, ada part yg paint tu tanggal....(Ni gara2 Sya tak guna hair-dryer masa ni sebab takut baby terjaga dari tidur....).
Apapun kata orang, learn from mistakes....So lepas ni lebih berhati2......
P/S: Teringat cikgu Folk Art Sya cerita, dia masa mula2 buat folk art kalau tak jadi semua dia sumbat bawah katil....hehehe.......



After makeover


Ni gambar asal (plain pun cantik.....)

Jom cuci2 mata........Koleksi tempat simpan barang2 lagi.......


Meh Sya share apa ada dalam bekas-bekas ni...

SWEET PINK
Cadang masa beli ni nak buat vase tapi kalau nak letak bunga mau berpuluh kuntum baru cukup...Last-last jadi tempat simpan barang.....Sya letak barangan keperluan diri husband dalam ni....

MEOW-MEOW

Ni actually hadiah murid pada Hari Guru tak ingat bila tapi nampak cute...Dalam ni Sya letak pin tudung dan brooch kecik2.



LACE BASKET
Sebenarnya ni dulu bakul hantaran masa Sya kahwin....Warna pun dah pudar...Tapi Sya sayang sangat nak buang so Sya letak semua barang macam losyen,pelembap,masker n etc.....Favourite product Olay & Mary Kay....



KIT BOX
Box ni Sya beli kat Romantika.....Sya isi barang jahitan dalam ni walaupun sebenarnya menjahit fail tapi adala jarum, pelbagai warna benang, pita ukur (haha bukan nak ukur buat baju tapi ukur pinggang tengok tahap mengembangnya...)..Kiranya okla kalau ada koyak ke masih ada barang untuk menjahit...


Ok To Be Continued......


Monday, March 30, 2009

TAG FROM KAK YON

Tag dari Kak Yon, thank kak...anak akak dah besar2, anak Sya plak kecik2 lagi...
1. Admit one thing you feel awful about (involving being a mom). Once you have written it down, you are no longer allowed to feel bad. Remember you are a good mom!

Selalu rasa bersalah kalau pergi berjalan tak bawa anak-anak.....Yela kadang2 tempat tu tak sesuai bawa budak2 macam nak tengok wayang kadang husband ajak keluar berdua, memang seronok tapi fikiran teringat budak2 kat umah je sebab si adik selalu nangis nak ikut, yang abang mukanya monyok n kakak pulak sibuk tanya mama balik nanti pukul berapa.......
So kalau dah jadi macam tu biasanya Sya akan cover balik mcm esoknya bawa diorg keluar, at least pergi kedai ke 7 Eleven pun diorg dah suka...

2. List 7 things you love about your kids, you love doing with your kids, or that your kids love about you.

MUHAMMAD ILHAN MANSIZ (6THN)

1. Si abang ni memang jenis ringan tulang.
2. Nampak bertanggungjawab. Selalu nasihatkan adik2nya walaupun dia pun kecil lagi..macam suruh si kakak makan kalau tak nanti katanya sakit perut atau mandi bersih2 kalau tak nanti tidur malam kaki gatal....Apa yang Sya cakap kat dia masa dia kecik, skg dia pula nasihat kat adik2 benda yg sama.....

3.Baca buku atau buat homework tak perlu disuruh. Belum buka baju sekolah, terus dah nak buat homework...

4.Suka makan maggi goreng dan teh O. Kalau Teh O, satu teko pun boleh habis kat dia sorang.

5.Masa baby kuat menangis macam cite Ahmad Albab, pastu masa 1-2 tahun hyperactive..Skg pendiam pula..tak banyak cakap.....

6. Mendengar kata...Dia faham kalau mamanya tak bagi beli barang ckp tak cukup duit dia tak memberontak.

7. Pandai explore benda sendiri..Bole buka PC sejak umur 4 tahun dan game kat internet dia yg pandai cari dan main sendiri...Sya pun pelik mana dia jumpa...


BALQIS BATRISYIA (4THN)

1. Tegas.Kalau dah sekolah boleh jadi pengawas ni...Garang pun dia...hehe

2. Ada lesung pipit gara2 masa mengandung dok menyampah kat Preity Zinta ( sebab dok ngan mak mertua diorg suka tgk hindustan)....

3.Keras hati dan susah nak dipujuk.Tapi kalau ada orang usik abang atau adik dia, diala yg jadi penyelamat.

4. Pandai bertutur dalam Bahasa Inggeris...Kebanyakan mengajuk dari rancangan TV (Cartoon)..Kadang terkejut juga bila tiba2 macam dia tanya mama what are you doing?...Mama look at this...mama do u understand?

5. Kuat bercakap dan banyak soalan...Tapi seronok melayan kerenah dia.Kalau nak korek rahsia apa bibik buat kat rumah, si kakak yang akan jadi tukang report sebab abg tak banyak cakap...heheh

6. Suka Powerpuff girl, kalau bole semua benda nak brand ni....Adoila..

7. Anak "Ayah"...Rapat dengan ayahnya.......


FASHA QAISARA (1THN)

1. Ni kecik lagi tapi dah nampak dah jenis sensitif..

2. Takut orang yang tak dikenali......Susah betul kalau nak bawa ke keduri-kendara, dia akan menangis macam nampak hantu....

3. Si rambut keriting...Warisan genetik ayah la ni...Suka Sya main rambut dia...

4.Selalu orang tegur matanya sebab warna coklat....

5. Kalau nak tidur suka pegang tangan kita pastu dia gosok2 tangan kita kat muka dia sampaila tido...

6. Suka benda2 seni macam menari ke menyanyi......Sebab dia sorang je kalau nampak rancangan TV yang mcm tu berjoget2 dia.....Anak2 yang lain tak minat...Kalau tengok AF mmg dgn si adik je berdua..Bertepuk2 tangan dia...Agaknya masa mengandung dia 5 bulan, Sya ada masuk pertandingan karaoke tempat kerja husband (kena paksa daaa...) pastu ajar budak2 sekolah menari Zapin sampai 8 bulan mengandung...huhu..

7. Nampak gaya ada kategori mcm spesies kakak ni, mulut bising....Jangan berperang bila besar nanti sudahla......

Sya doakan anak2 Sya menjadi anak2 yang baik dan mendapat keberkatan di dalam hidup serta akhirat......



3. Send this to 5 other moms of the year that deserve a reminder that they too are the best moms that they can be. Remember to send them a note letting them know you have selected them, and also add a link to your post that directs people back to the person who nominated you.
So the next 5 moms will be .... (kalau belum dapatla ye...)
1. Coral 2.Kak Inna 3.Ogy 4.Della 5. Vogue

Sunday, March 29, 2009

TISSUE BOX

Biasa Sya kalau melukis tak sampai satu hari dah siap tapi untuk tissue box ni, Sya terpaksa buat sikit2 sampai nak dekat seminggu sebab kena banyak benda especially bunga dia kena detail....At last siap juga akhirnya......Fuh!




Friday, March 27, 2009


FRIDGE MAGNET......


Dah lama tak beli fridge magnet, so beli la sikit untuk tambah koleksi, sebenarnya tempat letak magnet Sya dah penuh, nampaknya kena cari lagi tempat gantung fridge magnet pasni.Org kata hobi ni membazir tapi Sya rasa seronok sebab dapat kumpul FM yang cute2 ni.....
Lgpun bukanlah mahal sgt mcm yg Sya beli ni pun 3 RM10.
Sebenarnya design yang paling Sya suka kalau dia ada kaitan dgn kitchen concept mcm ada food ke, fruits atau kitchen utensils.......Okla.Adios!
P/S: Nape WMC asyik x bole masuk?.....

Wednesday, March 25, 2009

ENAMEL

(PINGGAN ENAMEL PUTIH SEPASANG, MANGKUK TINGKAT & COASTER)
JENG..JENG..JENG.........

Disebabkan nak jugak ada walau seketoi dua koleksi enamel, sebab jangkit kawan2 WMC la ni........Padahal dulu main buat baling2 je (ada ke patut...)....Sya pun kirim Kak Yon masa dia gi Langkawi...So minta dia tolong Sya belikan mangkuk tingkat warna kuning ni....ngan pinggan sepasang (kalau warna kuning mesti Sya borong)...Memang suka sangat mangkuk tingkat ni sebab Sya suka kaler dia sesuai utk Sya paint atas dia nanti....Sekarang susah nak cari barangan enamel ni.....Maceh ye Kak Yon.

Tuesday, March 24, 2009

TISSUE NAK LETGO LAGI....

For all decoupage lovers..



All tissue RM2 only..... Minimum order 3 pcs.





KOD: 07 (sold out)





KOD: 08 (booked)


KOD: 09 (1pcs left)


KOD: 10 (sold out)

KOD: 11 (1 PCS)


KOD:12 ( sold out)

KOD: 13 ( booked)

KOD: 14 (sold out)
KOD: 15 (sold)

KOD: 16 (booked)
KOD:17 (booked)


KOD 18 & 19 (RM2.50)

KOD: 18 (1PCS LEFT)

KOD 19 (1 PCS)




KOD 01-06 (RM1 ONLY) - CHECK PREVIOUS POSTING.....CLICK ON TISSUE FOR SALE
ICON.

CHEF COLLECTIONS LAGI!!!

As per request..Kak yu...Yuhu...Sya dah upload ni gambo2 chef collection Sya lagik!!!

CHEF UTENSILS HOLDER


CHEF BOTTLE




CHEF BUTTER KNIVES

CHEF HAND TOWEL 1

CHEF HAND TOWEL 2






Monday, March 23, 2009

Mini watering Can

Satu daripada 3 Watering can yang Sya dah make over.... RM 40

Kitchen shelf 2

Another kitchen shelf that I painted last week.....
Size: 15' x 7'. Price: RM60 (very cheap but no discount) one n only, no repeat order ye...
Sebab pattern ni Sya malas nak buat semula..




Saturday, March 21, 2009

soup toureen

Soup toureen ni Sya baru beli dgn Azza..Sya suka nampak country maybe sebab ada gambo ayam kot......Maklumla belum pandai lukis ayam sendiri, kenala beli... Lgpun harga dia quite cheap ....So rembatla satu walaupun taktau nak sumbat tang mana kat dapur.......


Friday, March 20, 2009

KITCHEN DECO

Dah lama tak update gambar rumah kawan2....So kali ni Sya collect gambar dapur Kak Lynn pulak untuk cuci2 mata.....Ni mmg dapur kesukaan Sya .......Cantik kan???Very d' English!!
So layan.......

KITCHEN DECORATIONS


Tuesday, March 17, 2009

PASTRY CHEF

FOLK ART CHEF

Salam everybody...Walaupun busy sebenarnya Khamis ni Sya ada exam PTK, Sya
tetap cuba update blog ni...
Sya memang minat motif chef, Sya susah jumpa loyang atau dulang yang sesuai kat kedai dekat2 dengan rumah untuk paint chef ni...Nak paint pada frying pan sayang sebab masih baru....Nanti balik kampung nak ambil semula pan Sya yang dah buruk sebab dulu taktau nak wat mende so hantar je rumah mak Sya... tapi skg barang lama dan terbuang semua berguna......

So, last2 Sya sebab nak sangat cari benda bentuk bulat yang boleh hang terus, masa pergi kedai hardware, tokei kedai rekomen guna kuali capati..beratnye kuali ni....
Melukis chef ni lebih susah dari yang mula2 sya belajar sebab muka dia kena sangat detail.....Pastu ada pelbagai pastry pun kena buat terperinci...Tapi Sya puas hati dengan hasilnya walaupun Sya terpaksa ambil masa selama 4 jam lebih nak menyiapkan..Sya tak berapa suka buat separuh2, kalau dah buat tak bole stop sambung esok, feel lari...Takpe janji Happy!!!

Pastries Chef


P/S:Sesiapa yang berminat boleh tempah motif chef ni dengan Sya.....Harga RM155 kalau nak pakai brg Sya (kuali capati), RM140 (loyang) tapi kalau pos barang sendiri,let say nak suruh lukis pada frying pan, loyang dsbg...boleh runding mengikut saiz...Berminat sila PM (WMC) atau email ayumansiz@gmail.com

Monday, March 16, 2009

KITCHEN SHELF

FOLK ART
KITCHEN SHELF WALL PLAQUE
Painting kitchen shelf ni pun Sya suka buat sebab Sya boleh lukis apa2 benda yang Sya rasa nak atas shelf ni....
Untuk kitchen shelf ni nanti pun Sya akan ambil tempahan kepada sesiapa yang berminat....
Yang Sya buat ni pada board besar (20' x 9') so mahal sikit RM100.
Tapi pada yang nak request buat pada board kecil sikit
(15' x 7') RM 80.Tak termasuk postage.
Nanti Sya akan upload design2 lain...Ni belum sempat nak buat, tapi so far rasanya ni design yang Sya personally suka...ni belum gantung ye...


closer view

ANNOUNCEMENT

Salam semua......Dengan rasa rendah diri dan sukacitanya Sya ingin mengumumkan yang Sya telah mengambil tempahan untuk folk art painting.......Bisnes kecil-kecilan...Ada antara items di sini yang ready stock dan ada yang memerlukan tempahan...Bagi yang berminat untuk membuat tempahan perlu membayar booking fees (separuh harga item) bagi mengelakkan berlaku pembatalan tempahan di saat-saat akhir.Tempahan akan disiapkan dalam tempoh 2-3 minggu bergantung kepada jenis.
Mereka yang berminat boleh PM (WMC) - Marsya , sms 0197075416 atau
email Sya ayumansiz@gmail.com

Sempena pengenalan, tempahan yang dibuat sehingga 31hb Mac 2009 ini, semua items diberikan diskaun 10%.

Sunday, March 15, 2009

wall plaque

My kitchen is so simple sebab tak ada kichen cabinet tapi skg penuh dengan mcm2 benda gantung..Kadang rasa semak tapi kadang2 rasa syok duduk dapur sambil masak sambil tengok mcm2 gambar....Tak adala bosan tengok periuk belanga je.....Nasibla pasni habis periuk belanga pun bertukar rupa..
Ni antara wall plaque yang Sya suka sebab simple jek dan dua2 ni macam sepasang...... Motif fruits tu nampak timbul.



SCENERY

FOLK ART


Another painting......This time Sya buat scenery pulak....Pasni bole try buat kat medium lain...Cadang nak paint kat pail (belum jumpa yg plain tin), nanti boleh letak kat my garden....Ala garden pun seciput je tapi angan-angannya nak letak macam2...huhu.

Di kesempatan ini juga Sya nak ucapkan Selamat Bercuti pada murid2 dan cikgu-cikgi... (Sya ni mcm tak cuti pun sebab kena baca buku pasni nak exam PTK pastu ada kelas tambahan year 6) & kepada yang pulang ke kampung, berhati2 memandu..semoga selamat sampai ke destinasi.....




Tuesday, March 10, 2009

JOM CUCI MATA LAGI.....
Semua ni Sya masuk satu kategori...fungsi yang sama...tempat simpan barang2....Nanti ada masa Sya upload lagi... Meh kita tgk apa yang Sa isi dalam kotak2 ni....Check It Out!!!
MINI DRAWER
Dalam ni Sya simpan aksesori n mekap

WHITE BASKET

Simpan alat kelengkapan diri

(sikat/bedak/losyen/deodoran etc...)

CRABTREE & EVELYN BOX
Ada losyen n bedak . Suka kotak dia...

LACE BOX

Dalam ni isi small items mcm kunci,ketip kuku n jam tangan