MY GUESTBOOK

SELLING ITEMS

Sunday, October 25, 2009

HOUSE NUMBER PART 2

HOUSE NUMBER VERSION HYDRENGEAS




Good afternoon ladies!!! Fuh semalam letih betul sebab dok masak Laksa Johor untuk besday anak sedara.... Request dari mak mertua mintak tolong buatkan...maklumla tetamu plak kebetulan ramai orang Johor..N mother in law bukan org Johor...

Even semalam letih, tapi sempat jugakla siapkan House No. ni..

Sure dah pernah tengok design ni kan? Tapi bezanya, kali ni customer mintak buatkan buatkan house number bukan wording mcm selalu...Macam biasa tempahan dibuka kepada yg berminat...*wink* Happy viewing!


RM75

Saturday, October 17, 2009

ANNOUNCEMENT TERGEMPAR!!



Salam..
Sya nak announce satu berita gembira untuk penggemar2 folk art yang tinggal di sekitar Puchong, Putrajaya & Nilai yang ingin belajar decorative painting (KITCHEN DECO & GARDEN) semasa cuti sekolah , sila email Sya untuk mendapatkan maklumat ye...

Sebenarnya bukan nak jadi cikgu cuma sebab ada request dari sorang kawan yg nak sangat2 belajar tapi tinggal jauh di Nilai dan susah nak belajar di PJ atau Damasara, Sya nak cuma 2 orang je lagi untuk temankan dia supaya takla boring dia nanti...di samping bole share2 idea..Sya belum layak jadi cikgu cuma kiranya mcm fasilitator la ni...
Sya bg keutamaan pada yg dah ada brg decoupage sebab Sya taknak u all kena melabur banyak untuk beli barang...
P/S: Kepada yg berminat sila confirmkan by email selepas Sya bgtau detail...Sya tak bole ajar ramai2.. Nanti pengajaran tak berkualiti..First come first serve ya.

Friday, October 16, 2009

SAMBUTAN RAYA DI SEKOLAH




Sya saja nak share sedikit kemeriahan sambutan Hari Raya di sekolah..... sementara suasana masih Hari Raya, next week dah habis raya dah... Apapun raya ni betul2 menguji kesabaranku..Hahah sebab banyak makanan asyik nak memgunyah je, masa puasa turun 3 kg raya naik 4kg...Ni pun ada harapan nak tambah kilo lagi sebab esok lepas aktiviti kat sekolah nak gi Open House, Kenduri kahwin n besday party...... Fuh!!




SEMOGA DIPANJANGKAN UMUR DAN DIMURAHKAN REZEKI DAPATLA KITA BERJUMPA DI RAYA AKAN DATANG LAGI......







Wednesday, October 14, 2009

EGG IN A PAN

Salam semua...


Sya minta maaf sebab tak berkesempatan nak update blog ... Tiap2 weekend Sya ada program kat sekolah sampaikan nak pegi beraya pun susah...

Tensen ....Tensen...

Dalam sibuk2 ni Sya gagahkan diri pegang berus semula sebab rasa mcm kaku la lama tak melukis sejak raya ni... Ni antara projek yang paling simple Sya dapat buat sebelum nak start semula paint 2-3 tempahan yang dah mula semula...

Anyway Sya pun tak berani ambil banyak tempahan sebab Sya bukan buat full bisnes....Sya buat ni sebab I love to paint so much dan terima kasih pada yang customer yang beri kepercayaan pada Sya untuk menghasilkan painting untuk mereka!




Jom tengok projek nak cepat siap ni......Nama pun telur goreng...
Masakan express!!!



..

Sunday, October 4, 2009

ALMARI HIASAN DARI RAK BUKU

Hari tu Sya ada bagitau nak wat sikit perubahan pada salah satu sudut kat ruang tamu Sya... Sya cuma alihkan almari buku kat hall atas bawak turun ke ruang tamu ni dan jadikan sebagai rak hiasan untuk display antara brg2 yg Sya lukis juga barangan deco yang kecil2....


Mehla tengok hiasan yang tak seadanya ni.....


Thursday, October 1, 2009

LANGSIR RAYAKU....

Tahun ni raya memang tak banyak perubahan pada rumah Sya kecuali ada la tukar langsir...Tu pun gara2 sebab sheer dia terkoyak... Sya pilih design n kain yang simple..Tak mampu nak beli Elyza...Ok tak combination warna ni? Yela kena pilih biru sebab sofa pun biru....


Cuma satu je , bila dah siap tu Sya rasa patut kena letak riben satu kat tengah design sama mcm "body" langsir ... Tapi xpela dah siap pun at least berubah sikitla rumah di Hari Raya ni.....




p/s: Masa snap gambo ada plak gambo kaki si kecik tengah terbaring kat sofa.....hihi....

Closer view



Kaki langsir ni lagi cantik kalau kat tengah sebab dah terlindung ngan sofa jadi tak nampak...... Pengikat langsir pun simple jek.......

Kepala langsir plain tapi ada stripes halus pastu Sya pilih jurai2 yang sesuai jadila langsir raya Sya tahun ni........