MY GUESTBOOK

SELLING ITEMS

Saturday, May 30, 2009

PRESENTS

Hari tu ada request supaya Sya akan tunjuk hadiah yang dapat masa pertukaran hadiah guru.....So, nilah dia.......



Exchange present......



Sya bagi lampu tidur, beli kat Romantika....Tapi Sya tak snap gambar sebab masa beli Sya terus wrap kotak dia...Patung dolphin ni yg Sya dapat.....

Mmg ada org rasa tak berbaloi tapi ni semua masing2 punya citarasa....Sya rasa Sya suka jugala dapat hadiah ni...berbanding dapat tupperware sebab Sya x berapa minat, jadi Sya rasa tak apalah kalau Sya yang dapat hadiah ni....Sebab kitorg cabut undi...... So, nasib2la ada yang dapat hadiah yang disukai ada yang tak......



HADIAH DARI MURID2







Alhamdulillah, ni semua hadiah dari murid2 Sya...Kebanyakannya mug, tudung, brooch dan coklat ...Dan, yang paling Sya suka minyak wangi Jardine dari murid tahun 6....Sebenarnya kami guru2 takla mengharapkan sangat murid2 beri hadiah sebab kesian kat budak2 ni nak beli...Ingatan murid dengan sekeping kad yang dibuat sendiri pun dah cukup bermakna bagi Sya........




HADIAH GURU PALING ANGGUN





Ni Kelab Guru saja suka2 anjurkan.......Tak ada effect apa2 pun.....Sya ni mmg pattern suka 'dressing sikit" kot tu yg budak2 pilih........ Dapatla pen 2 batang sinonim dgn kerjaya guru ni......



Ok tutup story.......Nanti kita sambung balik cite pasal deco mendeco semula........

Selamat Bercuti kepada semua guru2 serta murid2...dan kepada semua kawan2 PEMBACA BLOG SYA yang balik kampung berhati2 di Jalanraya.....(Sya tak cuti coz ada kelas tambahan year 6).......

Friday, May 29, 2009

MY STORY....SAMBUTAN HARI GURU

SAMBUTAN HARI GURU......

Dear readers...untuk sehari dua ni jgn boring tau kena baca cerita2 yang xde kena mengena ngan deco.....heheh....Ni kiranya iklanla....

Sekolah Sya buat sambutan Hari Guru agak lewat pada 28hb May......

Acara pagi2 tu sesi berarak dulu.......

Ni sebahagian cikgu2 bergambar sebelum diarak dangan bunga manggar...Chewah2 rasa macam pengantin masing2.....


From left: Ustaz Radzmi, Zaini, Kak Imah, Nazirah, Kak Dewisah, marsya, Kak Safinar, Latipah n Kak CT.....


Then, kitorg nyanyi lagu2 patriotik termasukla Kami Guru Malaysia dan Lagu Tema Hari Guru...


Pada hari ni juga Sya rasa terharu sebab murid2 memilih Sya sebagai Guru Paling Anggun. Sebenarnya ramai cikgu2 sekolah Sya yang anggun2 tapi rezeki Sya la tahun ni......


Kategori lain ialah Guru Paling Tegas, Guru Paling Sporting, Guru Paling Kemas dan Guru Paling Popular....Ni murid2 dari tahun 2 hingga 6 buat undian beberapa hari sebelum majlis, rasa macam Anugerah Bintang Popular la pulak! Anugerah ni saja suka2 je...

Pastu sesi bersalaman dan bagi hadiah oleh murid2.....Then, kitorg main sukaneka kat Padang Sekolah.....Time ni mmg best. Kelakar pun ada sebab masing2 semua pakat2 main tipu....Acara paling best acara makan sebab kena makan tembikai, sengkuang dan carrot...Tapi semua main sorok makanan kat poket, ada yang pass kat budak suruh bawak lari tembikai jauh2 dan mcm2 helah lagi.....




Ni sesi bergambar sebelum acara sukaneka......









Acara Kuat Makan......




Acara cari gula2 dalam tepung




Sya masuk acara passing belon dan isi air dalam botol.Dok sibuk ambil gambar orang gambar sendiri tak ambil.......



Then acara yang paling kemuncak ialah persembahan di Dewan Besar....Sya buat persembahan nyanyi karaoke lagu Biarlah Rahsia - CT Nurhaliza (Tak sempat ambil gambar ...upload kemudian nak minta gambar dgn member yg sempat tangkap gambar......



Pastu persembahan guru2 mengikut kumpulan...Kumpulan Sya buat menari twist lagu Bila Larut Malam.....Paling meriah rasanya sebab semua murid2 bersorak......Maklumla semua cikgu2 sporting hari ni.......










Habis je, acara sesi bertukar2 hadiah dan makan..... Mmg hari seronok tak kira bagi cikgu2 dan murid2...Sya saja nak share peristiwa ni di sini supaya dapat berkongsi dengan kawan2 pengalaman pahit manis sebagai guru........


Nanti Sya akan tunjuk gambar hadiah yang Sya dapat dari sesi bertukar hadiah sesama guru....... Dapat Dolphin jek tapi takpela anak suka....

LAWATAN SAMBIL BELAJAR


LAWATAN SAMBIL BELAJAR



Tajuk ni tak ada kena mengena dengan English Deco ya..Saja nak share cerita lawatan yang Sya buat untuk murid2 sekolah ke Planetarium, Pusat Sains dan Pusat Kraf (Pusat Kraf ni sebenarnya dah silap sebab Sya request dgn agen nak gi Karangkraf tapi dia silap dengar, dia ingat Pusat Kraf)....Frust betul sebab teringin nak gi Karangkraf....Seramai 6 orang guru dan 80 orang murid menyertai rombongan ni.....Penat betul, sampai kena migrain Sya jadinya........Jom rehat2kan minda kita tengok sedikit gambar2 kat sini...

Posing di luar Pusat Sains ...Masa ni semua masih maintain...





Ni semua murid sekolah Sya tengah tgk demonstrasi Sains ...Excited budak2 ni gi lawatan sampai ada yang tak nyenyak tidur tak sabar tunggu pagi......




Naik tangga nilah yang paling Sya surrender sekali...Dahla 2 kali turun naik sebab gi solat turun, pastu naik balik......Tinggi sangat macam naik tangga Batu Caves.Masa ni mmg berpeluh2 gila semua.....





Di dalam Planetarium, masa tengok tayangan sempat nak terlelap sebab terlalu penat lagipun dah berpanas, masuk dalam ni aircond....bestnye....


Antara pemandangan di dalam Pusat Kraf, tak dibenarkan ambil gambar sebenarnya....Byk jual barangan yang cantik2 tapi harganya pun cantik gak....

Ok, nanti Sya upload gambar Sambutan Hari Guru pula......Sampai sini dulu......

Wednesday, May 27, 2009

TIN COLLECTIONS

KOLEKSI TIN

Nilah antara kolesi tin seciput Sya...Ni pun dah takada tempat nak letak ni... Tapi ada hati nak buat koleksi...Bukan apa suka tgk designnya yang colourful, funky.....



koleksi tin

Monday, May 25, 2009

FROM ROMANTIKA...

Hari ni gi Romantika Bangi sebab cari hadiah untuk exchange sempena Sambutan Hari Guru Khamis depan.... Sya belila HADIAH...(XBLE UPLOAD GAMBO SEBAB HADIAH TAK SUPRISE KAWAN2 CIKGU PUN BACA BLOG)...Bajet RM20 tapi mmg terlebih manala nak dapat hadiah yang ok dgn harga mcm tu...

Dalam dok membeli hadiah tu, aiseh, mmg tak bleh control la nak beli brg untuk diri sendiri....Sebab jarang2 dah gi Romantika sekarang ni....Ni antara barangan yang Sya beli......


MINI STROLLER



Masuk2 kedai je nampak hat ni dulu...alahai cute mute, Sya pun cepat2 le sambar satu...Bole deco dengan letakkan bunga atau teddy bear kat dalam ...Sya ada lagi 2 set, berminat email @sms ya. (Sold....abih dah...)




CANDLE HOLDER


Sya mmg tak pernah ada candle holder design mcm ni, 2 function dia satu untuk cantikkan meja makan, satu lagi sesuai bila tak ada letrik ada tempat letak lilin........(tag pun belum bukak)

WALL CLOCK

Sya berkenan sgt dgn jam two faces yang cikgu sekolah Sya beli kat Romantika Shah Alam...Pastu murah plak tu, tapi sayangnya dah xde stok.......So dgn sedih pengubat kelukaan, Sya belila jam ni....Ada pink, coklat...Tapi minat plak yg hijau ni.......

Ok sampai sini dulu......Caucincau.......

Souvenir ...(Part 1)

Salam all....Lama jugak tak update blog sebab nak cuti sekolah ni kerja bertimbun2 tambahan pulak uruskan lawatan murid next week...... Tak sabonya nak cuti...Tapi ada kelas tambahanla pulak!!!!
Takpe berkorban untuk anak bangsa...Chewwahh mentang2 baru lepas Hari Guru!!

So, Hari ni Sya nak upload brg2 souvenir ...Ada yg dibeli sendiri dan ada juga yang dihadiahkan oleh kawan2...

KEYCHAIN
Key Chain Koala ni Sya beli masa gi Melbourne 3 tahun lepas....Masa ni tak minat English Style lg kalau tak mesti dah beli mcm2 sebab kat sana buku Folk Art pun murah..So masa tu, Sya just beli brg2 souvenir, baju2,aksesori n handbag..(handbag tu sebenarnya husband tak berapa nak approve sebab dia ckp kat Malaysia pun ada handbag, dia lebih suka Sya beli brg yang nampak made in Australia)..Tapi dah suka beli gak huhu....Kang termimpi2 plak....huhuhu



So, disebabkan tajuknya souvenir, ni antara brg souvenir yg Sya beli...


Keychain ni Sya beli untuk semua kawan2 kat sekolah.....(Tak mampu bagi kawan2 benda lain...kanggaroo pun ada next time Sya snap)


WOODEN SHOES
Kasut kayu ni pula hadiah dari kawan yang ikut suami buat Master kat Netherland ....Benda ni mmg sinonim dgn negara ni.Yang biru tu dia bg untuk Sya, yg putih tu husband dia bg pada husband Sya sebab diorg pun member.......





SMALL SILVER DECO

Souvenir Brgan Perak ni beli kat Singapore.... Sya mmg selalu pergi maklumla balik JB (umah mak) singgah sekali.........

To be continued part 2 soon..........

Tuesday, May 19, 2009

Handbag pun nak English Style....

HANDBAG PUN NAK ENGLISH STYLE......


Sya ni suka gak kumpul handbag, tak kira murah ke mahal janji Sya suka dan kalau bole ikut kaler baju...Tapi dalam antara handbag2 yang Sya ada, mmg tak bole nak lepas dari English Style jugak.......Ni dua buah beg yg bunga2nya ala English Style ni....Ni satu Anna Sui n satu lg Leno punya collections.....

So layan je la gambo2 ni.....hihi......





Sunday, May 17, 2009

My favourite collections part 3

MY FAVOURITE COLLECTIONS PART 3


Hari ni Sya upload sikit lagi antara barangan kesayangan Sya...Jap lagi nak keluar jap gi Alamanda beli barang dapur...Hari ni nak rest sikit pastu nak lunch kat luar je ...Malas nak masak heheh...
Ok Ladies, happy viewing!!!
BIRD CAGE

CUTLERY HOLDER
KITCHEN WALL DECO


Friday, May 15, 2009

HAPPY TEACHER'S DAY

HAPPY TEACHERS DAY !!!




Sya dedikasikan kad ni kepada semua guru-guru yang menjadi sahabat dan pembaca blog Sya.....Semoga keikhlasan kita semua membantu anak bangsa diberikan balasan yang baik oleh Allah SWT.
Sebenarnya Sya update dulu blog ni sebab esok,Sabtu (16 Mei) Sya terpaksa berkursus di sekolah .....Tak dapat nak bercuti......Kiranya ni pengorbananla konon2nya.....huhu....

Ok all Happy Teacher's Day!!!

Thursday, May 14, 2009

SMALL DECORATIONS

Jom cuci mata dengan barangan kecil comel......Barangan begini sangat sesuai untuk ruang atau rak yang kecil..Semua barangan di bawah Sya ada sepasang tapi Sya snap gambo satu je bagi setiap benda....


I' m a little Teapot




Small deco plate (1)

Small Deco plate (2)

Wednesday, May 13, 2009

From kak Inna..
From Kak Azlina

From Kak Wanie

From Suesafia


From Kak Yon

Koleksi award-award yang Sya tertima.heheheh.....Dah kumpul barula ada masa nak display.. Thanx a lot!!!!Luv U all.....

Monday, May 11, 2009

LOVELY TIN

2 biji bekas tempat isi barang dari tin ni warnanya sangat lembut...Dah beli bukannya Sya isi apa2 pun cuma jadikan hiasan je.... Yang warna pink ni bila Sya belek2 sebenarnya dia ditampal dgn decoupage paper tapi mmg nampak kemas...Ni beli masa tak pandai wat decoupage jadi masa tu rasa beli ni wow dah happy gila....hehehe...


Yang kuning ni mmg salah satu yang Sya suka sangat sebab warna dia sangat cantik...background kuning ada kuntuman2 roses....




Kepada semua yang wish Happy Mother's Day semalam, thanx a lot n semoga kita semua menjadi ibu2 yang dapat melahirkan anak2 yang cemerlang bukan sahaja daripada segi akademik tetapi akhlaknya....(p/S: Kecik2 anak2 ni terasa letih kita menjaganya tetapi bila dah besar harap2 mereka membahagiakan kita)

Wednesday, May 6, 2009

SPODE PLATE

Pinggan Spode sepasang ni Sya baru je beli....Nampak berserila sikit wall rack ni......Lagipun tema rumah Sya pun ada warna biru jadi sesuaila kot dgn warna pinggan ni....Kalau ada B&H mesti best sebab bole susun pinggan2 ni sebab ada pelbagai corak......Tapi rumah Sya x sesuai ada B&H coz dah xde space dah.......(Nasib juga tak ada...kalau ada mesti lagi byk benda nak beli nak penuhkan rak pulak)huhuhu....



Tuesday, May 5, 2009

chef masuk dapur lagi!!!

CHEF MASUK LIST DAPUR LAGI!!!.......



Aisehman....Memang tak boleh nak control kalau jumpa barangan chef mcm ni.....Ni Sya baru je menyopping dari peniaga WMC........(Kan bagus kalau chef2 ni bole tolong masak maklumla ni tengah takde bibik ni.....)Mohla tengok apa yang ada...


MENU BOARD CHEF


PEMEGANG PERIUK (TAPI SAYANG NAK GUNA SEKADAR HIASAN)HUHU...


Monday, May 4, 2009

AWARD!!


TQ buat Kak Yon n Kak Azlina yang bg award pada Sya....rasa macam tak layak je tapi rasanya lebih sesuai untuk tanda persahabatan...Very appreciate it!Sori lambat...Memang sejak ada blog ni Sya dapat menambah ramai kenalan walaupun ada yg tak pernah bersua muka tapi rasa mesra dan senang berkongsi cerita dan minat.....



Sya rasa tak perlula letakkan terma & syarat untuk penerima Award ni sebab mostly ramai yang dah dapat...Cumanya bagi Sya, Sya nak anugerahkan kepada 10 blog yang Sya anggap paling berinspirasi dan sangat mesra.



1.Kak Yon (bagi semula) - blog yang Sya suka shopping sebab banyak benda cute2...

2.K.Inna - blog English Deco yang sangat berinformasi

3. Coral - blog best friend Sya...Minat kitorang sama....

4. Fawa - blog macam -macam info...Fawa ni antara yang mula2 yang rajin post comment dalam

blog Sya...... Maceh Fawa...

5. Kak Azah - blog tentang deco, info dan suka baca sebab sama2 cikgu, xperience sama....

6.Kak Azlina - Baru je kenal tapi Sya suka baca blog dia sebab mengimbau kenangan Sya jadi anak Navy...Very friendly.

7.Ellanie - blog cik adik ni sangat comel...santai

8. Mel - Banyak barang deco cantik2 n sangat peramah....Peniaga yang mula2 Sya beli barang deco online....

9. Era - Macam2 ada....video klip, sinetron sume ada...

10.Mrs.Nor- blog dalam dialek kelantan...Syok baca...Lgpun rumah Kak Nor ni cantik suka cuci2 mata.....

Xtually ada ramai lagi blogger yang Sya senangi tapi kuotanya cuma 10 jek...Sya harap persahabatan siber ni berkekalan hendaknya........Thanx my friends......

MARILAH KITA MENAMPI PADI

Mesti pernah dengar tajuk lagu kat atas...tapi budak2 sekarang ntahkan tahu tak alat menampi padi ni...

Sambil2 dok siapkan tempahan customer, Sya buatla untuk diri sendiri...Sebab dah lama tak buat untuk rumah sendiri ni...Ni orang guna untuk menampi padi..Sya dok cari lama dah susah nak jumpa maklumla kawasan bandar skg orang mana guna...So, satu hari ternampak benda ni kat Pasar malam Putrajaya, dia ada 2 jenis satu yg buluh biasa, yg Sya beli ni buluh lain sikit dia anyam rapat2...Orang asli yg buat mmg kemas anyaman dia...Tapi mahal sikitla...

Lama dah nak buat pada barang2 tradisional mcm ni...agak susah sikit nak lukis tapi berjayala jugak akhirnya walaupun sekadar bole buat hydrengea (nak lukis lain susah sebab berurat2)............Sya pun nak ucapkan terima kasih pada Kak Azah sebab kalau tak silap dulu dia pernah suggest buat folk art pada brg2 mcm ni .......