MY GUESTBOOK

SELLING ITEMS

Monday, May 4, 2009

MARILAH KITA MENAMPI PADI

Mesti pernah dengar tajuk lagu kat atas...tapi budak2 sekarang ntahkan tahu tak alat menampi padi ni...

Sambil2 dok siapkan tempahan customer, Sya buatla untuk diri sendiri...Sebab dah lama tak buat untuk rumah sendiri ni...Ni orang guna untuk menampi padi..Sya dok cari lama dah susah nak jumpa maklumla kawasan bandar skg orang mana guna...So, satu hari ternampak benda ni kat Pasar malam Putrajaya, dia ada 2 jenis satu yg buluh biasa, yg Sya beli ni buluh lain sikit dia anyam rapat2...Orang asli yg buat mmg kemas anyaman dia...Tapi mahal sikitla...

Lama dah nak buat pada barang2 tradisional mcm ni...agak susah sikit nak lukis tapi berjayala jugak akhirnya walaupun sekadar bole buat hydrengea (nak lukis lain susah sebab berurat2)............Sya pun nak ucapkan terima kasih pada Kak Azah sebab kalau tak silap dulu dia pernah suggest buat folk art pada brg2 mcm ni .......






5 comments:

nurul aziyana said...

wah cantik..baper rm ni satu?

azah said...

Sya..tenguk tu dah ada org tanya harga..tq lah sebut2 nama akak..segan la pulak..hehe..semlm akak tgk perabot warna putih(style English)kat kedai, mak datuk mahalnya, sayang rasanya nak keluarkan duit beli, selalu akak dok ckp2 dgn hubby kenapalah diorang ni jual terlalu mahal sedangkan yg nak membeli gol. pertengahan..golongan atasan tak main le, mereka beli perabot Italy, leather sofa dll yg imported dan mahal2....so akak rasa sya bolehlah teruskan lukis atas bahan2 yg tidak mahal supaya harga pun tak lah melambung tinggi dan yg penting mampu dibeli..sya kalau warna putih penampi tu lawa gak..pandai2 je akak ni...atau open to customer nak putih ke atau original punya

marsya said...

Apa nak segan Kak Azah...Sya suka sebab kawan2 byk kongsi idea juga...
Tapi rasanya kak,warna putih nanti dah tak nampak macam nak menampi padi...macam manampi gandumla pulak (english Style)la katakan...heheh
Sya lebih suka yg ni kekalkan kpd original colour...Mmg tak nampak sgt mcm English style tapi main taram je ni jadila Malaysian English Style...
Betulla kak, perabot putih ni mahal...kat Alamnda Putrajaya pun ada buat showcase perabot putih...rasanya tak termampu nak beli...

marsya said...

Aziyana...tak dapat nak jamin nak jual sebab susah nak dapatkan tempat menampi ni, pastu harga dia pun agak mahal pastu campur kos painting lagi semua dalam RM80 (sya kira campur pos)...Sya cuma akan usahakan pada serious buyer je yg betul2 nak request buatkan benda ni...Kalau minat sms n kita bole bincang..

D'Rimba said...

Wah seni budaya bangsa diangkat di belakang gambar tu....Hebat kalau ada lagi penerapan gambar yang berkaitan dengan seni bangsa kita pasti lebih harum semerbak wanginya mempersona.........