MY GUESTBOOK

SELLING ITEMS

Friday, May 29, 2009

MY STORY....SAMBUTAN HARI GURU

SAMBUTAN HARI GURU......

Dear readers...untuk sehari dua ni jgn boring tau kena baca cerita2 yang xde kena mengena ngan deco.....heheh....Ni kiranya iklanla....

Sekolah Sya buat sambutan Hari Guru agak lewat pada 28hb May......

Acara pagi2 tu sesi berarak dulu.......

Ni sebahagian cikgu2 bergambar sebelum diarak dangan bunga manggar...Chewah2 rasa macam pengantin masing2.....


From left: Ustaz Radzmi, Zaini, Kak Imah, Nazirah, Kak Dewisah, marsya, Kak Safinar, Latipah n Kak CT.....


Then, kitorg nyanyi lagu2 patriotik termasukla Kami Guru Malaysia dan Lagu Tema Hari Guru...


Pada hari ni juga Sya rasa terharu sebab murid2 memilih Sya sebagai Guru Paling Anggun. Sebenarnya ramai cikgu2 sekolah Sya yang anggun2 tapi rezeki Sya la tahun ni......


Kategori lain ialah Guru Paling Tegas, Guru Paling Sporting, Guru Paling Kemas dan Guru Paling Popular....Ni murid2 dari tahun 2 hingga 6 buat undian beberapa hari sebelum majlis, rasa macam Anugerah Bintang Popular la pulak! Anugerah ni saja suka2 je...

Pastu sesi bersalaman dan bagi hadiah oleh murid2.....Then, kitorg main sukaneka kat Padang Sekolah.....Time ni mmg best. Kelakar pun ada sebab masing2 semua pakat2 main tipu....Acara paling best acara makan sebab kena makan tembikai, sengkuang dan carrot...Tapi semua main sorok makanan kat poket, ada yang pass kat budak suruh bawak lari tembikai jauh2 dan mcm2 helah lagi.....




Ni sesi bergambar sebelum acara sukaneka......









Acara Kuat Makan......




Acara cari gula2 dalam tepung




Sya masuk acara passing belon dan isi air dalam botol.Dok sibuk ambil gambar orang gambar sendiri tak ambil.......



Then acara yang paling kemuncak ialah persembahan di Dewan Besar....Sya buat persembahan nyanyi karaoke lagu Biarlah Rahsia - CT Nurhaliza (Tak sempat ambil gambar ...upload kemudian nak minta gambar dgn member yg sempat tangkap gambar......



Pastu persembahan guru2 mengikut kumpulan...Kumpulan Sya buat menari twist lagu Bila Larut Malam.....Paling meriah rasanya sebab semua murid2 bersorak......Maklumla semua cikgu2 sporting hari ni.......










Habis je, acara sesi bertukar2 hadiah dan makan..... Mmg hari seronok tak kira bagi cikgu2 dan murid2...Sya saja nak share peristiwa ni di sini supaya dapat berkongsi dengan kawan2 pengalaman pahit manis sebagai guru........


Nanti Sya akan tunjuk gambar hadiah yang Sya dapat dari sesi bertukar hadiah sesama guru....... Dapat Dolphin jek tapi takpela anak suka....

4 comments:

azah said...

amboi3..memang sesuai la title tu..memang sya selalu anggun pun..kat sekolah akak kalau persembahan students yg byk buat, cikgu2 1 je..nyanyi lagu guru malaysia..samala kalau sukaneka, mengelat habis guru2 tu..habis pecah tembelang..HEM pun kelakar habis..terkejut budak2 sebab selama ni ganas..hehe

marsya said...

Budak sekolah menengah mmg pandai buat persembahan sendiri.kalau budak kecik ni cikgu2 yg kena pk kan persembahan jadi last2 cikgu yang over2 buat persembahan......
Masa hari Guru la terserlah perangai masing2....Sebab title guru tu sendiri mmg kena pandai2 bawa diri..kena jadi contoh yg baik...

D'Rimba said...

Kain batik yang berbaju kebaya hijau itu amat menarik sekali.....Suka amat.

marsya said...

Laaa....yang pakai kain batik baju hijau tu sayala...Mmg suka pakai baju kebaya dgn kain batik.Ni beli kat Sarawak dulu kain ni....