MY GUESTBOOK

SELLING ITEMS

Monday, September 14, 2009

MY MAGAZINES COLLECTIONS

Agak lama tak update blog sebab bila free dok mengemas rumah, buang sawang2, lap habuk etc...Tak ada benda baru sgt yang Sya beli untuk raya ni kecuali tukar langsir dan beli brg kecik2 je..maklumla eko"nomoney"..... hehehe....So kenala berjimat cermat...

Dalam dok sibuk mengemas2 tu Sya nak share la koleksi majalah Impiana dan Anjung Seri Sya yang memang Sya tak miss beli tiap2 bulan sejak tahun 2006 iaitu masa Sya mula2 pindah rumah sendiri dan berjinak2 dgn English Deco...Majalah pertama "Anjung Seri" dibelikan husband Sya masa Sya tengah confuse nak start mcmana nak deco rumah sebab kalau ikut plan asal Sya tak minat dgn konsep Inggeris sebab expenses mahal, barang susah nak cari....So Sya lebih suka konsep moden @ Retro yang boleh didapati dgn mudah di IKEA....
Tapi sejak mengenali majalah2 ni Sya jadi jatuh cinta dgn konsep ni sehinggalah sekarang......


Cuma apa yang berbezanya Sya dah kurang beli majalah2 hiasan rumah (jarang sangat) sebab dah ada info dari internet, rakan maya yang mempunyai minat yg sama, brg jualan pun mudah didapati malah harga pun berpatutan.....
Tapi Sya tetap menyayangi majalah2 ni sebab ia tetap rujukan Sya di masa2 lapang ....

Sunday, September 6, 2009

SWEET DREAM TEDDIES

Alhamdulillah..dapat siapkan tempahan Mel ni sebelum raya...Sebab Sya ingat lepas raya baru bole buat coz "Q' tempahan bolela tahan...Tinggal 2 pcs je Sya belum siapkan, Insya Allah sempat sebelum raya...

Mel request nak buatkan plaque untuk bilik anak dia gambar teddy bear n background kuning...

Sebenarnya agak lama juga Sya ambil masa nak fikirkan idea yang sesuai tambahan pula background ni agak mencabar warnanya sebab dah basecoat banyak kali pun macam nampak lagi kayu dia... So, lepas tu buat keputusan nak lukiskan teddy yg pakai pyjamas sebab sesuai dengan wording yang Mel nak...

Sya harap Daniel suka dan dapatla plaque ni menyerikan lagi biliknya...

Salam dari Aunty untuk Daniel!Moga suka ye....



Wednesday, September 2, 2009

HAPPINESS IS HOMEMADE BOARD

Board ni lebih kurang macam Country Kitchen punya design cumanya Kak Hanim request suruh Sya buatkan dia punya background cream dan ada wording Happiness is Homemade....

Ok jugak rasanya dapat cuba buat pada base yg cerah, cuma ada beberapa tone warna terpaksa Sya ubah untuk sesuaikan dgn background dia....

Harap memenuhila kriteria yang diinginkan ye kak....Thanx a lot!


Yang ni belum siap sepenuhnya tapi lighting dia nampak warna sebenar...

Ni dah siap...



Monday, August 31, 2009

MY BESDAY PRESENT


Sya rasa bertuah kerana dilahirkan pada 31 Ogos ...Satu darinya sebab tiap2 tahun disambut oleh semua rakyat Malaysia dan satu lagi memang biasanya dari dulu kawan2 mmg ingat besday Sya n husband pun xde excuse nak lupa heheh...



Jom tengok present yg husband Sya bagi ( NI MERANGKAP HADIAH ANNIVERSARY - 1 SEPT)....Tengkiu MY DEAR!!!








TARAAAA!!!!




MAK OI TINGGI BETUL TUMITNYA...HEHEH...




Ok kepada semua Sya ucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 52 dan Selamat Bercuti!!!!





Saturday, August 29, 2009

NAK UBAHSUAI RUANG NI...

Salam semua...Sori lama tak post new story sebab tak sihat akhir2 ni...
By the way, entry kali ni nak tunjuk ruang yang perlu pengubahsuaian....sebab macam simple dan kosong jek...pastu rak kasut tu pun x menarik kenala dikekalkan cuma mungkin nak alih sikit kot...sebabnya husband suruh letak jugak dalam rumah sebab takut kasut kena curi nak letak dalam stor plak dia malas nak cari kasut dalam stor...untuk pengetahuan,ruang ni kat ruang tamu Sya berhadapan dengan tangga...tapi ni gambar sebelum nanti dah kemas untuk raya ni Sya akan tunjuk gambo selepas ok...


Takla canggih tapi adala perubahan sikit nanti hihi....TUNGGU.......






Ni plak jalan naik ke tangga atas tapi rasanya tak tambah apa2 lagi tengokla pada keadaan.. Cuma kalau bole nak tambah satu lagi frame bagi balance kat tepi dinding tu...

Wednesday, August 19, 2009

CHEF COOKIES TIN

Hello everybody especially to all peminat2 chef macam Sya... Jadikan ianya sebagai koleksi anda...

Jeng!Jeng! memperkenalkan produk chef terkini...hehehe...

Tin biskut motif Chef ni Ready Made.... Harga RM80 tapi untuk sepanjang bulan Ogos ni cuma RM65 sebab bulan kemerdekaan & sebab tokey nak sambut besday pda 31Ogos ni so berbesar hati bagi sedikit diskaun heheh...

Kalau minat cepat2 sms atau email ok sebab lepas ni untuk pre order tin biskut ni sementara Sya tak buat sehingga diberitahu kelak.


So... pat pat pat sape cepat dia dapat.Ewwah!

SOLD - INTAN M.R (TQ DEAR)

Thursday, August 13, 2009

SHABBY TRAY

MY SWEET SHABBY TRAY...





NOT FOR SALE YE...

Entry kali ni just nak share tray yang Sya ada tapi sayang nak guna heheh so wat display je la.....Warna dia lembut sangat dan dua2 ni Sya beli di Romantika... Sebut pasal Romantika lama betul dah tak pergi ..... maklumla banyak barang deco jual online sekarang ni....Lagipun sekarang sebelum beli kena pikir dulu mana nak bubuh ... Kalau tak sumbat bawah katil dulu la sampai dapat ilham ....



Saturday, August 8, 2009

COUNTRY KITCHEN


COUNTRY KITCHEN - READY STOCK RM 75 ONLY...
(SOLD - MEL)
Bole Pre-order ....

Wood ni sangat sesuai digantung di dapur berkonsep country... Berminat mcm biasa yek sms atau email...






Tuesday, August 4, 2009

SERUPA TAPI TAK SAMA...

Dalam banyak-banyak house number yang customer tempah, Sya agak kena berhati2 dgn dua nombor kat bawah ni sebab satu nombor 23 dan satu lagi 32... Risau takut tersalah buat dan tersalah pos...Lgpun yang tuan punya number 23 dia request nak bunga purple pink sedangkan yang 32 mmg ikut pattern yang asal...So Sya masa nak pos mmg kena check banyak kali...
Macam keluarga 69 daa...



(bila kena flash bunga ni nampak mcm biru pula...actual colour is purple)

Monday, August 3, 2009

CUPPIES

Sya order cuppies ni dai Sue ...Memang Sya suka dengan benda yang unik dan cute macam ni...Puas hati sebab kemas jahitannya...
Belum display lagi ni ...So, cuci mata je la dulu dengan cuppies ni sebab for the moment Sya belum "panas enjin" nak start buat projek terbaru...Masih penat Hari Sukan last Saturday......Budak yang sukan tapi cikgu yang letih...