MY GUESTBOOK

SELLING ITEMS

Sunday, November 1, 2009

NAK IKLAN JAP...


JOM TENGOK IKLAN ....





Internet kat rumah Sya sekarang ni problem...maybe PC pun nak kena servis...Tu pasal lama tak bleh nak buat entry...boring betul rasanya kalau satu hari tak dapat bukak internet...Kat sekolah pun server problem...Ni pun tetiba bole plak. Kali ni just nak display beberapa barang nak let go...(sori out of topic tapi apa2 pun cite kadang2 kena iklan jugak...)





1.REPLICA ANNA SUI HANDBAG (SOLD)




Beg Anna Sui ni Sya nak jual sebab lepas beli baru perasan design dia nak dekat samala dgn beg Sya yang dah ada cuma kaler je beza .. tapi yang ni bukan ori tau..heheh....Handbag ni still baru tak pakai lagi pun tag pun ada lagi... Sya nak jual lagipun baru jek beli handbag lain...Kalau minat sms Sya ok.




RM35 (termasuk postage)









2. TUDUNG CT



Sya ada banyak tudung Ct sampai tak terpakai sebab kaler pun ada yg sama so Sya nak letgo murah2 je...Masa beli ni semua dalam RM20-RM35...Tapi Sya nak letgo semua RM10 je sehelai tapi tak termasuk kos pos....



kod: hitam ( blink2 dia ada yg dah tanggal tapi still cantik)






kod: coklat ( baru pakai sekali )







kod: pink (pakai sekali sebab ada 2 helai pink)






kod: cream (pakai sekali sebab ada 2 helai tapi design lain)





3. SACHS LEOPARD SHOE SIZE 5

Sayang kasut ni tapi apa nak buat tak muat...baru pakai beberapa kali...Sya beli Rm1oo++, Sya nak jual RM70 je...masih cantik dan mmg kelas kalau pakai gi dinner atau function...sure meletup!heheh...

Ok semua... cuci2la mata dulu nanti kalau internet dah bole Sya nak entry pasal deco semula....Caucincau...

Sunday, October 25, 2009

HOUSE NUMBER PART 2

HOUSE NUMBER VERSION HYDRENGEAS




Good afternoon ladies!!! Fuh semalam letih betul sebab dok masak Laksa Johor untuk besday anak sedara.... Request dari mak mertua mintak tolong buatkan...maklumla tetamu plak kebetulan ramai orang Johor..N mother in law bukan org Johor...

Even semalam letih, tapi sempat jugakla siapkan House No. ni..

Sure dah pernah tengok design ni kan? Tapi bezanya, kali ni customer mintak buatkan buatkan house number bukan wording mcm selalu...Macam biasa tempahan dibuka kepada yg berminat...*wink* Happy viewing!


RM75

Saturday, October 17, 2009

ANNOUNCEMENT TERGEMPAR!!



Salam..
Sya nak announce satu berita gembira untuk penggemar2 folk art yang tinggal di sekitar Puchong, Putrajaya & Nilai yang ingin belajar decorative painting (KITCHEN DECO & GARDEN) semasa cuti sekolah , sila email Sya untuk mendapatkan maklumat ye...

Sebenarnya bukan nak jadi cikgu cuma sebab ada request dari sorang kawan yg nak sangat2 belajar tapi tinggal jauh di Nilai dan susah nak belajar di PJ atau Damasara, Sya nak cuma 2 orang je lagi untuk temankan dia supaya takla boring dia nanti...di samping bole share2 idea..Sya belum layak jadi cikgu cuma kiranya mcm fasilitator la ni...
Sya bg keutamaan pada yg dah ada brg decoupage sebab Sya taknak u all kena melabur banyak untuk beli barang...
P/S: Kepada yg berminat sila confirmkan by email selepas Sya bgtau detail...Sya tak bole ajar ramai2.. Nanti pengajaran tak berkualiti..First come first serve ya.

Friday, October 16, 2009

SAMBUTAN RAYA DI SEKOLAH




Sya saja nak share sedikit kemeriahan sambutan Hari Raya di sekolah..... sementara suasana masih Hari Raya, next week dah habis raya dah... Apapun raya ni betul2 menguji kesabaranku..Hahah sebab banyak makanan asyik nak memgunyah je, masa puasa turun 3 kg raya naik 4kg...Ni pun ada harapan nak tambah kilo lagi sebab esok lepas aktiviti kat sekolah nak gi Open House, Kenduri kahwin n besday party...... Fuh!!




SEMOGA DIPANJANGKAN UMUR DAN DIMURAHKAN REZEKI DAPATLA KITA BERJUMPA DI RAYA AKAN DATANG LAGI......







Wednesday, October 14, 2009

EGG IN A PAN

Salam semua...


Sya minta maaf sebab tak berkesempatan nak update blog ... Tiap2 weekend Sya ada program kat sekolah sampaikan nak pegi beraya pun susah...

Tensen ....Tensen...

Dalam sibuk2 ni Sya gagahkan diri pegang berus semula sebab rasa mcm kaku la lama tak melukis sejak raya ni... Ni antara projek yang paling simple Sya dapat buat sebelum nak start semula paint 2-3 tempahan yang dah mula semula...

Anyway Sya pun tak berani ambil banyak tempahan sebab Sya bukan buat full bisnes....Sya buat ni sebab I love to paint so much dan terima kasih pada yang customer yang beri kepercayaan pada Sya untuk menghasilkan painting untuk mereka!




Jom tengok projek nak cepat siap ni......Nama pun telur goreng...
Masakan express!!!



..

Sunday, October 4, 2009

ALMARI HIASAN DARI RAK BUKU

Hari tu Sya ada bagitau nak wat sikit perubahan pada salah satu sudut kat ruang tamu Sya... Sya cuma alihkan almari buku kat hall atas bawak turun ke ruang tamu ni dan jadikan sebagai rak hiasan untuk display antara brg2 yg Sya lukis juga barangan deco yang kecil2....


Mehla tengok hiasan yang tak seadanya ni.....


Thursday, October 1, 2009

LANGSIR RAYAKU....

Tahun ni raya memang tak banyak perubahan pada rumah Sya kecuali ada la tukar langsir...Tu pun gara2 sebab sheer dia terkoyak... Sya pilih design n kain yang simple..Tak mampu nak beli Elyza...Ok tak combination warna ni? Yela kena pilih biru sebab sofa pun biru....


Cuma satu je , bila dah siap tu Sya rasa patut kena letak riben satu kat tengah design sama mcm "body" langsir ... Tapi xpela dah siap pun at least berubah sikitla rumah di Hari Raya ni.....




p/s: Masa snap gambo ada plak gambo kaki si kecik tengah terbaring kat sofa.....hihi....

Closer view



Kaki langsir ni lagi cantik kalau kat tengah sebab dah terlindung ngan sofa jadi tak nampak...... Pengikat langsir pun simple jek.......

Kepala langsir plain tapi ada stripes halus pastu Sya pilih jurai2 yang sesuai jadila langsir raya Sya tahun ni........

Tuesday, September 29, 2009

SALAM AIDILFITRI 2009...

Salam Aidilfitri...


Lambat Sya update semula blog ni sebab mood raya...Tambah baru naik kerja, banyak aktiviti lepas cuti ni yang tak best lepas ni tiap2 weekend berturut Sya ada program kat sekolah...Yang paling terdekat Sabtu ni ada camping murid di SUKIDA...kena bermalam plak tu mcmanala nak gi open house dan tahun ni nampaknya Sya pun tak buat open house mcm tahun2 sebelumnya...

Cite pasal raya sket, Sya raya pertama di rumah mother in law di Shah Alam pastu raya kedua Sya balik JB umah mak Sya sampai Sabtu... Ni gambo2 masa raya pertama ....Sekali pandang posing sama mcm raya tahun lepas...hehehe....








Saturday, September 19, 2009

SALAM AIDILFITRI DARIKU...





Salam aidilfitri kepada semua pembaca blog, kawan-kawan deco dan kenalan baru.....

Segala salah silap harap dimaafkan dan semoga silaturahim yang terjalin bertambah erat hendaknya....

Selamat Bercuti dan berhati-hati di jalan raya...

Koleksi kad raya kawan2 yang dapatla digantung di "rumah"ku ini..TQ!





KAK AZAH

KAK YON

WELLY
FAWA
KAK AYU
KAK INNA

TQ KEPADA SEMUA YG SUDI BAGI KAD... SYA TAK BERKESEMPATAN NAK BAGI KEPADA SORANG2 JADI KEPADA SEMUA YG MENGUNJUNGI BLOG SYA NI SUDI-SUDIKANLAH AMBIL KAD RAYA SYA OK...JGN SEGAN-SEGAN HEHEH...

Wednesday, September 16, 2009

ILHAN MANSIZ BELATED BIRTHDAY

Sebenarnya anak Sya yang sulung, Muhammad Ilhan Mansiz punya besday pada 10 Sept tapi agak lewat (Ahad) Sya celebrate sebab tempah kek cartoon kesukaan (Ben 10) terlambatla pulak.

Tak ada apa sangat sambutannya sebab bulan puasa, cuma jemput adik ipar, suami dan anak.....Lepas berbuka puasa barulah acara potong kek dan makan untuk second round....

Dah besar dah anak Sya tak sedar umur dah 6 tahun, next year dah darjah satu..... Harapan mama semoga Ilhan menjadi anak yang baik....

p/s: Mamanya malas nak bergambo sebab pakai kaftan je hihi.....