MY GUESTBOOK

SELLING ITEMS

Showing posts with label makeover. Show all posts
Showing posts with label makeover. Show all posts

Friday, June 11, 2010

NOT DEMAM BOLA BUT DEMAM MENGECAT...

Orang sekarang rancak demam bola...sya plak demam mengecat...

Mula2 malas nak cat almari ni ingat nak biar macam tu je tapi sebab sya punya cat banyak extra lagi.. tangan ni gatal je mengecat make over almari yang beli ngan kak wani ni..

Ni gambo before






jeng... jeng...






Sya dah cat putih ...



(buat sendiri ni sape kata orang pompuan tak bole mengecat?)


Sya dah masukkan koleksi vantage

ALHAMDULILLAH...DAH SIAP .. OK TUNGGULA YA APA STORY NEXT ENTRY...BYE

Thursday, June 10, 2010

ALMARI LAMA ..MAKE UP BAGI CUN SKET...

Salam semua..


Aktiviti masa cuti ni bolela Sya buat sikit yang tertangguh lamanya sebab cuti ni pun sya tak ke mana2... just jalan dekat2 je.. hubby pun outstation , sya pun ada byk kerja sekolah yg perlu dibereskan sebelum naik cuti...


Kesempatan cuti sekolah ni sya buat projek mengecat... antara yang sya dah cat ialah almari buruk..siannya panggil buruk.. mmg pun sebab almari lama ni dah kena conteng, kena tampal sticker kartun dan dah satu pintunya dah terkopak...tapi hubby sya sayang nak buang sebab dia simpan segala benda nak cuci kereta dan barang2 dia la dalam ni... Lama dah sya nak make up semula dan inilah hasilnya... sayangnya sya tak ambil gambar sebelum... Sya cat putih dan just buat decoupage sebab sya malas nak paint kat luar rumah nanti ada je yg nak tengok..hehehe...so kalau decoupage ni sekejap je siap...



Sya mmg suka dgn tisu design ni sejak dulu lagi...
payah nak amik gambo coz ada kete che abe parking depan ni..sempit sket..
bahagian sisi sya belum tampal apa2... so kita view dulu la pandangan depan ye.. paling letih nak gunting border..anyway very satisfied coz takla segan almari ni ada kat luar rumah sya lagi...

Sunday, April 25, 2010

PERIUK LAMA TUKAR BARU...

PERIUK LAMA TUKAR BARU...


Baca title kat atas macam lori tilam lama tukar baru pula... periuk ni bukan sya punya tapi milik Kak Ros ... Sori ye kak, lambat sikit siapnya sebab sibuk sangat dan sya tak suka melukis dengan tergopoh-gapah.. kena rilex dapat idea baru sya boleh painting.. Nasib kak ros faham..




Apapun terima kasih sebab percaya pada Sya untuk make over periuk lama ni... Harap akak suka...





BACK VIEW


Tuesday, November 24, 2009

TIN BISKUT...(2) - ROSES

Sya suka sgt tin biskut yang ada tingkap ni... sebab kalau kita letak biskut atau beras kita akan nampak isi dalamnya.......


Ni still tempahan dari Ria... Background cream n avocado stripes... border -gold. Hope u like it!



Monday, November 23, 2009

TIN BISKUT...(1) - FRUITS DELIGHT

Sebenarnya Sya tengah ada mesyuarat Pengurusan di Hotel Kajang selama 3 hari ni... Tapi hari ni Sya balik rumah, Sya ingat Sya nak upload je la tempahan customer supaya blog Sya tak sepi...huhu...
Sya dapat tempahan untuk 4 bijik tin biskut dari seorang customer yg bekerja di Cyberjaya. Atas permintaan, beliau nakkan 4 tema berbeza pada setiap tin2 ni iaitu roses, fruits, chef dan teapot...So ni salah satu tin yang dah siap..
Tin biskut bercorakkan buah2an dan sedikit bunga dengan slipslap background .




CLOSER VIEW


Esok upload tin kedua plak...(actually dah wat schedule sebab Sya stay kat hotel sampai Selasa)...

Thursday, June 25, 2009

Spice rack makeover

Ni gambar spice rack IKEA yang Sya make over supaya lebih menarik la nak pandang bila dok kat dapur semasa tunggu goreng ikan ...Sebab lama2 kat dapur kan Sya boring tgk periuk belanga je so adala pemandangan sikit hahah...Macam2 je la ....



Agak susah nak lukis sebab Sya dah siap2 gantung spice rack ni dah lama dan tak bole bukak sebab ada screw jadi kena terus lukis kat dinding....Sya pun tak buat lakaran terus paint je ikut mood...Rak ni pun ruang dia tak besar jadi tak bole nak lukis macam2 sangat....

Apapun sebenarnya minggu ni mmg tengah serabut sebab kerja bertimbun2 kat sekolah, jadi lukisan pun serabut jiwanya....(tengah serabut pun sibuk nak melukis...ni salah satu Sya punya terapi minda....)








Saturday, February 7, 2009

MAKEOVER FURNITURE



BAHAN/ALATAN


1. Berus cat /ada yg pakai roller tapi Sya suka pakai berus...

2. Cat - banyak brand (Sya pakai jenama KCC, nak lagi elok pakai Nippon tapi
mahal sikit).......Cat ada dua jenis, nak perabot jadi berkilat pakai cat minyak
macam kerusi makan Sya...kalau nak nampak shabby...pakai cat kapur yg cat
dinding tu macam rak buku Sya...)...n kalau furniture tu kecik bole guna spray, tapi mahal n berbotol2 plak nak guna...sebab cat ni nak cantik kena 2,3 lapis.


Cat minyak





Cat kapur

CARA

1. Mula-mula gosok permukaan dengan sandpaper (kertas pasir) kalau kayu tu jenis menggerutu atau x smooth...Tapi kerusi makan ni Sya x gosok dengan kertas pasir pun sebab memang dah licin.

2. Cat satu lapisan.Kalau boleh jangan cat pada tempat yang sama dan mesti satu hala.Cat lapisan pertama ni biasanya nampak hodoh sebab masih nampak kayu, so jangan cat tempat yang dah kena sapuan tu sebab nanti dia jadi berketul2(kalau cat minyak).Ada kawan pernah suggest guna thinner untuk cairkan cat yang berketul tu.Biarkan kering.

3. Then, buat sapuan kedua...masa ni dah nampak agak kemas n kadang2 dua kali dah cukup bergantung pada jenis perabut.Kalau kita tengok semua dah rata so dah ok.

4. Tapi biasanya kalau nak lagi kemas, buat sapuan ketiga selepas betul2 kering...Mengecat ni tak boleh siap sehari, sebab kena keringkan betul2 kadang2 nampak macam dah kering tapi kat dalam cat tu masih basah...Jadi kalau kita sapu atas dia cat baru, akan terkopek.

5. Last sekali, kalau suka bolehla buat decoupage,painting atau biarkan begitu sahaja...Selamat Mencuba!!!

Saturday, January 3, 2009

bedroom decoration

Do you love white?.....

Sya cat kepala katil ni putih..... asalnya besi hitam campur kayu coklat.Konsep English hanya sedikit Sya masukkan dalam master bedroom ...




Sunday, December 28, 2008

My old bookshelves

Look new after I paint & decoupage...Really worth it!I plan to put all my own decoration such as decoupage n folk art project at this shelf.... (maybe starting next year)
Penat betul nak mengecatnya....Sakit pinggang seminggu...huhuhu... Macam serik tapi seronok bila dah siap!

Thursday, December 11, 2008

Dressing Table



My dressing table which also I did a makeover, I paint it white and did some decoration on it!
Duration: 2 days

My Work Piece

Below are some of my work piece. Happy viewing !



My English Style Dining Table




Meja makan ini telah "di makeover" oleh saya. Asalnya meja ini berwarna coklat dan telah dicat putih serta telah "di decoupagekan ". Warna asalnya adalah seperti di kaki meja...kalo u all lihat carefully....



Chair (decoupage)

Set Meja makan (gambar atas) pandangan dekat