MY GUESTBOOK

SELLING ITEMS

Showing posts with label my work piece. Show all posts
Showing posts with label my work piece. Show all posts

Thursday, December 9, 2010

fruits washer aka kendi

Masa mula2 dapat kendi ni terkejut, alamak dari siapa ni... rupanya sya miss baca email sorang customer ni minta sya paint kendi ni dgn gambar apples sebiji n grapes sebiji.. Sya try n error , mula tu background lain.. adoila.. hasilnya sangat tak memuaskan hati sya, frust juga sampai tido pun mimpi2...nasib tak mengigau..teruk betul...hehe...
Last2 sya base semula huhu.. then ambil masa imagine kaler yg sesuai.. so, rasanya warna ni lebih smooth dan harap2 sesuai dgn citarasa Kak Haney ya..



front


husband sya cakap dia lebih suka kendi ni tanpa bawah dia...



back


                                            smaller grapes and apples with other designs





Sya dapat beberapa pertanyaan tentang macamana nak order barang2 ni...kepada yg bertanya kat shoutbox n email.. kalau berminat untuk membuat tempahan, bole sms, call atau email sya.. ( bole rujuk sample dari label  folk art atau bole request design ) biasanya sya minta deposit kecuali pada customer yg hantar barang utk makeover .. utk periuk2, atau mcm kendi ni customer punya sendiri yang minta sya makeover.. customer akan pos atau ada yg hantar sendiri ke rumah.. 
Disebabkan list tempahan panjang juga.. sya akan bg masa, buat masa sekarang ni tempahan siap dlm masa 3 - 5 minggu selepas deposit dibuat.. bergantung pada brg mcmana.. kalau mcm switch board tu 2 minggu je.. bayaran menggunakan maybank2 U lepas selesai bayaran dibuat, sya akan pos k. See u !!

Monday, September 6, 2010

PAINTING FRUITS ON KETTLE- PROJECT BULAN PUASA PART 2

INI JUGA ANTARA PROJECT MASA BULAN PUASA...ALHAMDULILLAH KALAU TAILOR TAK MENANG TANGAN NAK JAHIT BAJU...SYA PULA TAK MENANG TANGAN NAK SIAPKAN TEMPAHAN CUSTOMER SEBELUM HARI RAYA...

SEBENARNYA, SYA AMBIL MASA JUGA NAK START PAINT KETTLE NI SEBAB SAIZ DIA BESAR DAN CUSTOMER HANTAR MINTA LUKIS GAMBAR FRUITS YANG MANA SYA LAMBAT JUGA NAK DAPAT IDEA ...

SO SETELAH MEMERAH OTAK, NILAH HASILNYA..

SYA LUKIS DEPAN BELAKANG.. EVEN TAK NAMPAK , SYA TAK SUKA NAMPAK SEPARUH2.. CUMA YANG DEPAN OK SIKIT DARI YANG BELAKANGLA... : )

DEPAN: ADA BUAH APPLE , PEAR N GRAPES..


TEPI :- GRAPES N KIWI
BELAKANG - APPLE, LEMON, STRAWBERRY



PENDEK KATA MERIAHLA PULAK DENGAN PELBAGAI JENIS BUAH2AN.. XTUALLY GAMBAR KIWI DAN GRAPES SYA LUKIS SENDIRI TAK TAULA BETUL KE TAK.. TEKNIK WARNA PUN SYA TAK PASTI ...APAPUN SYA DAH CUBA BERIKAN HASIL YANG TERBAIK...

Monday, April 5, 2010

HOME SWEET HOME TEDDY

Lama Sya tak paint bear... Sejak akhir2 ni mood nak melukis malas yang amat... Tapi seronok rasanya bila dapat lukis benda2 cute mcm bear ni...Kayu ni mmg bentuk bear tapi Sya design sendiri muka bear ni...Siap letak bulu mata palsu heheh... Ok pada yang minat bole tempah ye... Sya bole tukar wording tu maybe bole letak bilik anak atau dijadikan gift... Nak jadikan bear "boy" pun bole...Email for the price ok.




Saturday, February 13, 2010

MEGA PROJECT - FUH LEGA DAH SIAP...

Salam... selamat bercuti semua...Sya belum ke mana2 lagi ...minggu banyak betul jemputan kahwin... dan maybe next friday barula nak gi bercuti...sebelum Sya ceritakan tentang entry hari ni... Sya nak maklumkan yang untuk tempahan akan datang, sya akan kenakan deposit dulu ye... sebab sya dah terkena dgn customer yang order pastu bila dah siap senyap..Hmm... tension jadinya..


OK, NOW kita balik pada story sya tentang projek mega... tapi ni bukan untuk sya tapi untuk customer yang nak cover tempat sampah di rumahnya.... Sya panggil projek mega sebab saiznya memangla teramat besar dan mencabar juga untuk sya lukis sambil berdiri,membongkok, mencangkung dan bersila...hehehe.....

Penutup tempat sampah ( gambar bawah) ni sya lukis atas zink ukuran 136cm x190cm...

Sya harap customer ni puas hati dan dapatla menyerikan lagi taman dan halaman rumah yang sedang dihiaskan....



Sya buat pada 2 keping tapi dia nampak bercantum....ni sebelah kiri....



Sebelah kanan.....


Gulungan zink...dari sisi...



Nila tempat sampah yang nak dicover oleh customer sya......My dear Mia, takpe ye sya letak gambo umah u kat sini... nanti dah pasang bolela share gambo ye.... (dalam gambo ni nampak kecik tapi zink tu bila ukur mak oi! beso)..Apapun alhamdulillah dah siap... TQ juga pada Mia yang sudi beri Sya peluang melukis dan mencuba benda yang baru.... Lepas ni kena rajin2 pergi buang sampah tau!hihihi...



Friday, January 15, 2010

Painting - Alas cake...


STRICTLY NO COPYRIGHT!

Another ideas for my little garden...... my own ideas....Sya paint ni pada papan alas cake birthday ..

Memang sangat berbaloi kalau kita tahu menggunakan barang terpakai ni untuk dikitar semula.... Sejak tahu melukis ni dah jadi hobi segala benda kat rumah ni dok kumpul untuk Recycle.. Rasanya menyahutla juga kempen kitar semula ni...

Masalah Sya kalau lukis untuk diri sendiri biasanya Sya nak cepat siap berbanding untuk customer...Jadi hasilnya kadang2 tak berapa kemas sangat sebab tau untuk tatapan diri sendiri jek hehe...


Sunday, December 20, 2009

SUNFLOWER IN A BASKET SIGNAGE

Dengan bantuan cikgu...akhirnya berjaya juga menghasilkan signage untuk rumah sendiri...hehehe..

Tapi mesti hairan kenapa Ayu Cottage bukan Marsya Cottage..? Sebabnya
dua-dua pun bole.. Kawan2 yang kenal melalui blog atau WMC memang panggil Marsya sebab nick dari dulu lagi... Lagi satu kenapa pilih sunflower?...sebabnya dulu2 Sya ni memang peminat bunga matahari yang fanatik..Sampai masa kat UPM kawan2 panggil Ayu Matahari...sebab kasut, baju, sepit rambut semua nak sunflower... Cumanya sekarang minat dah beralih pada roses dan bunga2 lain..tapi ni kira mcm trademark la...Apapun Sya kembalikan nostalgia Sya pada Sunflower ni (sebab kat rumah tak ada satu pun produk Sunflower sekarang), Sya abadikan pada signage ni....



Wednesday, December 9, 2009

TEAPOT N TEACUPS - PAINTING ON TIN

Sangat mengujakan bila tin ni dah siap... Mulanya ada beberapa pilihan nak lukis.. samada nak ikut customer suruh buat butterfly atau cupcakes atau apa2 katanya yang sesuai... So tak puas rasanya kalau lukis yang biasa2...jadi Sya cuba buat sesuatu yang lain dengan background colour yang Sya tak pernah guna... Rumit juga sebab tin kecil, lukisan kecil...tapi Sya suka benda2 yang mencabar ni...Jadi kenala Sya hati2 dan teliti...especially tang bunga yang tak berapa nak jadik.. Kena tgk dari jauh baru nampak OK kot...heheheh....

Have a nice day!












Tuesday, December 8, 2009

Alamak! ayam lagi....




BON APPETITE!



Sori geng ..terpaksala korang layan dulu gambo ayam dalam bulan ni sebabnya Sya kan kena buat 3 pan ayam jantan yang berbeza...Jangan nak termuntah plak hihi...



Nak dapat ilham pun payah jugak sebab pattern pun tak ada...Warna pun create sendiri sesedap rasa...


Kali ni Sya guna bacground cream plak sebab adala kelainan untuk customer Sya takkan tiga2 hitam...Pastu buat sikit scenery ngan jalur hijau keliling pan...Cabaran juga tambahan pula pemegang periuk ni sebenarnya patah masa dipos pada Sya..So, Sya cuba skru cuma patahnya tak bole nak gam...Nak cover Sya letak riben...Ok ke?...

Bila dah siap...aiseh kalau la ni Sya punya sendiri...Kena buat satu untuk diri sendiri tapi macam biasa selalunya ntah bila la...huhu...





RIBEN NI DAPATLA COVER KESAN PATAH SEKALIGUS MENYERIKAN
LAGI PAN NI...




JALUR2 HIJAU KAT TEPI...KESAN POKOK TERLEBIH KAT TEPI TU X\ACTUALLY DAH TOUCH UP SELEPAS GAMBAR DIAMBIL...MALAS NAK SNAP BALIK...


TENGOK DEKAT SIKIT..

Ok setakat ni dulu tayangan ayam-ayamku...Adios!!!

Tuesday, November 24, 2009

TIN BISKUT...(2) - ROSES

Sya suka sgt tin biskut yang ada tingkap ni... sebab kalau kita letak biskut atau beras kita akan nampak isi dalamnya.......


Ni still tempahan dari Ria... Background cream n avocado stripes... border -gold. Hope u like it!



Monday, November 23, 2009

TIN BISKUT...(1) - FRUITS DELIGHT

Sebenarnya Sya tengah ada mesyuarat Pengurusan di Hotel Kajang selama 3 hari ni... Tapi hari ni Sya balik rumah, Sya ingat Sya nak upload je la tempahan customer supaya blog Sya tak sepi...huhu...
Sya dapat tempahan untuk 4 bijik tin biskut dari seorang customer yg bekerja di Cyberjaya. Atas permintaan, beliau nakkan 4 tema berbeza pada setiap tin2 ni iaitu roses, fruits, chef dan teapot...So ni salah satu tin yang dah siap..
Tin biskut bercorakkan buah2an dan sedikit bunga dengan slipslap background .




CLOSER VIEW


Esok upload tin kedua plak...(actually dah wat schedule sebab Sya stay kat hotel sampai Selasa)...

Sunday, November 8, 2009

COUNTRY KITCHEN - A HEN & EGGS

Lama dah loyang ni bertapa dalam kotak... Last2 rasanya terfikir nak lukis ayam la pulak sebab dah lama tak lukis ayam...Pada yang berminat bole tempah ye.. Sangat sesuai untuk hiasan dapur ala - country.
RM60


Sunday, September 6, 2009

SWEET DREAM TEDDIES

Alhamdulillah..dapat siapkan tempahan Mel ni sebelum raya...Sebab Sya ingat lepas raya baru bole buat coz "Q' tempahan bolela tahan...Tinggal 2 pcs je Sya belum siapkan, Insya Allah sempat sebelum raya...

Mel request nak buatkan plaque untuk bilik anak dia gambar teddy bear n background kuning...

Sebenarnya agak lama juga Sya ambil masa nak fikirkan idea yang sesuai tambahan pula background ni agak mencabar warnanya sebab dah basecoat banyak kali pun macam nampak lagi kayu dia... So, lepas tu buat keputusan nak lukiskan teddy yg pakai pyjamas sebab sesuai dengan wording yang Mel nak...

Sya harap Daniel suka dan dapatla plaque ni menyerikan lagi biliknya...

Salam dari Aunty untuk Daniel!Moga suka ye....



Wednesday, September 2, 2009

HAPPINESS IS HOMEMADE BOARD

Board ni lebih kurang macam Country Kitchen punya design cumanya Kak Hanim request suruh Sya buatkan dia punya background cream dan ada wording Happiness is Homemade....

Ok jugak rasanya dapat cuba buat pada base yg cerah, cuma ada beberapa tone warna terpaksa Sya ubah untuk sesuaikan dgn background dia....

Harap memenuhila kriteria yang diinginkan ye kak....Thanx a lot!


Yang ni belum siap sepenuhnya tapi lighting dia nampak warna sebenar...

Ni dah siap...



Wednesday, August 19, 2009

CHEF COOKIES TIN

Hello everybody especially to all peminat2 chef macam Sya... Jadikan ianya sebagai koleksi anda...

Jeng!Jeng! memperkenalkan produk chef terkini...hehehe...

Tin biskut motif Chef ni Ready Made.... Harga RM80 tapi untuk sepanjang bulan Ogos ni cuma RM65 sebab bulan kemerdekaan & sebab tokey nak sambut besday pda 31Ogos ni so berbesar hati bagi sedikit diskaun heheh...

Kalau minat cepat2 sms atau email ok sebab lepas ni untuk pre order tin biskut ni sementara Sya tak buat sehingga diberitahu kelak.


So... pat pat pat sape cepat dia dapat.Ewwah!

SOLD - INTAN M.R (TQ DEAR)